Bashahburhanudin

Bashahburhanudin | Joined since 2016-03-25

Investing Experience -
Risk Profile -

Followers

0

Following

0

Blog Posts

0

Threads

3

Blogs

Threads

Portfolio

Follower

Following

Summary
Total comments
3
Past 30 days
0
Past 7 days
0
Today
0

User Comments
Stock

2016-03-26 21:32 | Report Abuse

Saya pun pelek macam mana banyak sangat defect pada projek ini. Dah tentu lah orang yang pantau kerja kerja ni tidur sebab terlalu kenyang dari suapan kontraktor. Dia orang ni tak takut ke? Tengok tiap hari kita tonton dalam berita. Macam macam gelagat pesalah bila kena heret ke black maria untuk dibawa ke penjara Kajang. Ada yang sorok muka guna surat khabar lah, cover muka dengan lengan baju lah, tunduk bongkok belakang banduan lain lah. Masa tu dah terlambat dah. Kat penjara Kajang kena sebat tau kerana ni jenayah komersial, mandatori kena rotan.

Sepatut nya orang yang pantau kerja ni paham. Dia orang kerja bukan untuk kontraktor tetapi menjaga amanah pembeli pembeli. Walaupun yang bayar gaji mereka adalah developer, tapi developer dapat duit dari siapa? Bukan kah dari pembeli pembeli projek? Tak begitu?

Stock

2016-03-26 11:13 | Report Abuse

Ingat lah semua yang kuat tekan pembeli pembeli De Centrum ni. Apa guna banyak duit kalau pembeli tak meredhakan. Doa orang yang kena tindas selalunya mustajab. Rezeki bukan letak pada berapa banyak duit kita peroleh. Tak ditimpa penyakit atau musibah tu pun rezeki juga.

Stock

2016-03-25 23:39 | Report Abuse

Saya setuju dengan komen MhdSuhaimi. Kami pembeli projek De Centrum, Jln Ikram Uniten amat keluh kesah. Betul betul terpedaya. Masa nak beli macam macam janji manis. Sekarang lain pula. Bila dapat unit terkejut besar. Janji dapat apartmen ada air-conditioned unit, kena collect pula dekat Jln Ipoh. Apa cerita ni, selalu nya kalau developer janji ada aircond tentu dah siap di pasang.

Apartmen pula macam macam defect. Kontraktor nak siapkan defect, tak terkejar. Jumlah unit yang ada defect terlalu banyak. Dah bayar maintanence tapi facility tak boleh pakai. Contoh nya kolam renang air hijau berhari hari. Tak cukup tu, nak buat grill untuk apartmen RM3K deposit, renovation RM5K deposit, nak pindah barang masuk RM1K deposit. Mana tahan. Tak pernah dengar kehendak macam ni pada projek projek lain.

Ramp jalan nak naik ke parking punya lah curam. Ini benda serious melibatkan keselamatan. Lapor ke developer buat tak indah. Kata slope OK padahal semua orang yang lalu geleng kepala. Jangan lah hingga ada kemalangan baru bertindak.