Followers
0
Following
0
Blog Posts
0
Threads
60
Blogs
Threads
Portfolio
Follower
Following
2016-03-10 15:19 | Report Abuse
Tahniah pada mereka yang terus bertahan walaupun tahap terlebih belian sekarang boleh digambarkan sebagai kepanasan melampau atau dengan izin 'overbought'. Walaupun telah melepasi tahap rintangan yang telah saya bayangkan namun kemungkinan besar berlaku penjualan besar-besaran pada masa terdekat.
2016-03-03 16:47 | Report Abuse
Memandangkan volume berlebihan belian pada hari ini, dijangka pengambilan untung akan berlaku untuk seketika.
2016-03-03 16:44 | Report Abuse
Kemungkinan rintangan pertama pada paras 1.70 telah dicapai dan bukan 1.80 seperti yang direncanakan. Terdapat terlebih belian kelihatan pada masa ini.
2016-03-02 12:56 | Report Abuse
Saya telah menilai kembali rintangan 2.00. Ingin saya membetulkan disini bahwa rintangan pertama yang jelas adalah pada 1.80. Saya meminta maaf dengan target terdahulu yang jelas terlalu tinggi.
2016-03-01 17:18 | Report Abuse
Syukur alhamdulilah. Dapat dilihat belum lagi timbul sebarang indikasi AirAsia mengalami terlebih belian malah dari segi bacaan teknikal, nyata dengan jelas belian masih dalam tahap yang minimum. Dengan volum yang mampat serta minat belian yang menyeluruh, rintangan hanya jelas pada 2.00. Insyallah
2016-02-04 11:42 | Report Abuse
Secara teknikalnya, AA kini dalam jajaran cerdas. Namun kena tunggu sehingga halangan pertama 1.45 dipecahkan dengan volum yang secara besar-besaran. Jika halangan dapat ditindih dengan jayanya, maka paras 1.80 dapat dijadikan penyokong tara seterusnya.
2016-01-29 11:38 | Report Abuse
Saya meminta maaf bila pencerahan saya bertarikh 17hb November tidak disangka meleset apabila berlaku satu penjualan besar-besaran sehingga mengakibatkan AA menjunam ke peringkat 1.28. Pada peringkat sekarang, AA sedang mengalami tahap penjualan melampau atau dengan izin 'oversold' yang teruk. Walau begitu, dapat saya cerahkan terdapat kemungkinan yang amat tinggi berlakunya letupan seakan-akan volcano yang menyebabkan peningkatan harga secara mendadak. Walaubagaimanapun, boleh saya cerahkan dengan izin Allah s.w.t bahawa AA selamat untuk kembali pada tahap 1.51 seterusnya keperingkat seterusnya. Wasalam.
2015-11-17 13:54 | Report Abuse
Saya meminta maaf bila pencerahan saya bertarikh 5hb November tidak disangka meleset apabila berlaku satu penjualan besar-besaran sehingga mengakibatkan AA menjunam ke peringkat 1.33. Pada peringkat sekarang, AA sedang mengalami tahap penjualan melampau atau dengan izin 'oversold' yang teruk. Walaubagaimanapun, boleh saya cerahkan dengan izin Allah s.w.t bahawa AA selamat untuk kembali pada tahap 1.51 seterusnya keperingkat seterusnya. Wasalam.
2015-11-05 10:56 | Report Abuse
Alhamdulilah. Perjalanan Airasia menuju 1.75 lancar, sudah nampak tanda2 belian secara besar-besaran sedang berlaku lagi. Hari ini mungkin menampakkan lonjakan pertama. Insyallah
2015-11-03 12:51 | Report Abuse
Secara teknikalnya, dapatlah saya rumusan bahawa sudah sampai masanya AirAsia bergerak ke aras seterusnya iaitu 1.75. Proses pemendapan menampakkan tahap penjualan besar-besaran telah selesai.
2015-10-27 17:07 | Report Abuse
Setelah semingu diperhatkan, AirAsia ternyata dalam proses pengukuhan mantap di aras 1.51. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik menggunakan kaedah beli secara ansuran pada tahap ini, jangan gunakan modal anda sekali gus. Pecahkan belian dalam 10 ansuran. Wasalam.
2015-10-26 17:35 | Report Abuse
Belian besar-besaran sebelum ditutup menampakkan ada sesuatu yang luar biasa sedang berlaku. Ini mungkin petanda positif.
2015-10-26 13:15 | Report Abuse
Saya belum lagi lihat tanda-tanda untuk pembelian semula. Ada tanda-tanda penjualan besar-besaran berlaku ketika ini.
2015-10-22 17:16 | Report Abuse
Hari ini saya telah menjual kembali AirAsia pada paras 1.54 apabila gagal bertahan pada 1.55. Ternyata apabila 1.50 dipecahkan, maka dengan itu kemungkinan terlebih belian memaksa penjualan seterusnya berlaku.
2015-10-21 10:46 | Report Abuse
Terima kasih. Saya telah mengambil posisi semula pada paras 1.50 setelah menjual semalam pada 1.59. Kemungkinan pembetulan ini bersifat sementara sahaja.
Posted by Ferisc > Oct 20, 2015 12:46 PM | Report Abuse
firdausAhmad, you have done the great job with accurate prediction.
2015-10-20 09:24 | Report Abuse
Tahap ini lebih baik bersedia untuk membuat pengambilan untung. Tapi kena tunggu isyarat jelas bila penjualan secara besar-besaran berlalu
2015-10-20 09:19 | Report Abuse
Kemungkinan rintangan telah dicapai pada peringkat ini. Walau bagaimanapun kena dapat isyarat yang lebih jelas untuk menentukan rintngan adalah 1.59.
2015-10-19 17:07 | Report Abuse
Syukur alhamdulilah. Dapat dilihat belum lagi timbul sebarang indikasi AirAsia mengalami terlebih belian malah dari segi bacaan teknikal, nyata dengan jelas belian masih dalam tahap yang minimum. Rintangan hanya jelas pada 1.75. Insyallah
2015-10-16 16:03 | Report Abuse
Alhamdulilah. Perjalanan Airasia menuju 1.75 lancar, belum ada tanda2 terlebih belian lagi. Hari ini menyaksikan penjualan pemegang jangka pendek secara besar-besaran tetapi diserap dengan sempurna.
2015-10-12 14:48 | Report Abuse
syukur alhamdulillah atas rezeki yang diberkati. Mungkin dalam masa terdekat ini 1.75 dicapai dengan mudah. Insayallah.
2015-10-07 19:41 | Report Abuse
Hari ini memperlihatkan satu gerakan yang sangat genting dalam mengkaji dimana halatuju AirAsia seterusnya. Dengan ilmu yang dikurniakan Allah s.w.t dapat saya taksirkan bahawa telah bermula gerakan pantas dan lincah dalam hari seterusnya. Mungkin dalam masa terdekat ini 1.75 dicapai dengan mudah. Insayallah.
2015-09-30 12:42 | Report Abuse
Terima kasih saudara Ferisc. Pada masa ini saya masih lagi mengekalkan 1.75 sebagai tahap rintangan genting. Walaubagaimanapun sebagai insan biasa, biarlah pencerahan itu timbul dengan izinNya. Amin.
2015-09-30 12:36 | Report Abuse
Akhirnya dengan berbekalkan ilmu yang dikurniakan oleh Allah s.w.t, dapat saya pastikan disini pemendapan akhir dikesan dan boleh disimpulkan 1.20 sebagai tahap sokongan yang sangat padu.
2015-09-28 12:25 | Report Abuse
Pemendapan sedang berlaku. Kita kena lihat setakat mana pemendapan ni terlanjur. Hari ini tahap 1.25 dilihat sebagai sokongan kukuh. Namun masih perlu bukti seterusnya.
2015-09-25 14:41 | Report Abuse
AirAsia kini sedang berlaku pemendapan jangka pendek. Dapat dikesan bila pemendapan selesai, lonjatan kuat akan berlaku.
2015-09-21 15:46 | Report Abuse
syukur alhamdulillah atas rezeki yang diberkati
2015-09-21 14:00 | Report Abuse
Saudara Ferisc. AirAsia baru saja breakout diparas 1.27. Dah ternyata momentum cergas dengan mudah melepasi paras 1.37 iaitu tahap yang dipanggil pancutan jernih. Ianya diklasifikasi sebagai pancutan tak ada halangan.
2015-09-21 13:03 | Report Abuse
Hari ini menampakkan pancutan yang agresif berbanding masa melepasi rintangan pertama. Rintangan kedua diupgrade pada paras 1.75 yang dijangka dipecahkan minggu ini.
2015-09-18 21:10 | Report Abuse
Bacaan carta terkini serta analisa purata taburan yang mandate, dapat saya simpulkan secara kasar dimana rintangan kedua mungkin memuncak pada 1.70. Walaubagaimanapun, sebagai manusia biasa, dapat saya nilai kemungkinan paras ni betul tepat. Pencerapan akan muncul juga. Insyallah
2015-09-18 18:12 | Report Abuse
Setelah 5 hari mengalami tempoh pemendapan, seperti yang telah dijangka Airasia telah memecah rintangan pertama 1.27. Maka dengan itu, permainan kedua telah bermula setelah rehat yang secukupnya
2015-09-17 14:54 | Report Abuse
Adakah selamanya timdakan kita hanya setelah peyaksian akal kepala(peristiwa) berlaku walapun kenaikan telah pun berlaku..atau CUT LOSS setelah jatuh. Atau jual semua setelah harga berada di sekitar HARGA TERENDAH?
2015-09-14 09:36 | Report Abuse
Bila telah mencapai rintangan pertama iaitu paras 1.27, setelah pancutan agresif bermula pada 0.80 iaitu kenaikan sebanyak 50%. Pengambilan untung secara besar-besaran telah bermula. Dalam jajaran sebegini, ianya akan mencari paras sokongan semula pada 0.95.
2015-09-11 18:38 | Report Abuse
Mengapakah dalam keadaan INDEX jatuh pun harga counter menaik dan masih ada orang berminat untuk MEMBELI ATAU KEJAR HARGA? Persoalan begitu harus diberi perhatian yang serious.
2015-09-11 10:04 | Report Abuse
Hati-hati. Penurunan secara mendadak keberangkalian tinggi bila penjualan besar-besaran berlaku.
2015-09-11 10:00 | Report Abuse
Nampaknya penjualan besar-besaran telah bermula. Kena hati-hati pada paras ini, rintangan 1.27 jelas
2015-09-11 09:49 | Report Abuse
Mungkin telah berlaku pencerahan yang tak betul. Kemungkinan rintangan pertama pada paras 1.27. Kena perhatikan jika berlaku penjualan besar-besaran pada tahap ini.
2015-09-11 09:17 | Report Abuse
Alhamdulillah. Nampak sangat pencerahan yang telah dibincangkan sangat tepat sekali. Seperti yang diterangkan semalam berlaku breakout pada paras 1.20 yang akan memancuh dengan deras ke arah rintangan pertama iaitu pada paras 1.40
2015-09-10 16:34 | Report Abuse
Dengan jelas penahan jalan pada paras 1.20 dipecahkan dengan teramat mudah. Kenaikan mendadak pasti berlaku sehingga minggu seterusnya. Belum ada tanda2 berlakunya penjualan secara period. Insyallah
2015-09-10 16:32 | Report Abuse
Syukur nikmat serta rezeki yang dikurniakan hari ini. Pencerahan harus diteruskan. Rintangan harus dikenal pasti. Tapi nampak dengan jelas rintangan pertama masih jauh lagi. Pancutan dalam fasa pemecahan telah berlaku (breakout). Kenali formasi seterusnya.
2015-09-09 13:14 | Report Abuse
Syukur Alhamdulilah. Kita manusia cuma boleh merancang, Allah swt penentu segala. Dapat dilihat pancutan yang kuat serta agresif hari ini. Dari bacaan teknikalnya, AirAsia akan menghadapi rintangan pertama di paras 1.40 nanti.
2015-09-05 10:17 | Report Abuse
Pencerapan yang jelas. Alpha J sekadar penyemak dan sangat kurang ajar
Posted by CIMB CimbGuaNenNen > Sep 5, 2015 01:15 AM | Report Abuse
Alpha J, anda cuba fikir siapa nak dengar pendapat mu itu lagi. Anda tak ada kredibiliti lagi. Anda ialah penyangak saja.Takguna punya Alpha J.
2015-09-04 19:44 | Report Abuse
Dapat dilihat dengan jelas pengambilan untung yang memberansangkan serta pancutan seterusnya akan berlaku
2015-09-03 17:06 | Report Abuse
Hari ini berlaku pacuan terhalang disebabkan terdapatnya pembeli-pembeli gagal membuat pembayaran menyebabkan penjualan secara paksaan.
2015-08-27 20:48 | Report Abuse
Tepat saudara, jika ransangan yang sihat beberapa hari nanti, tak mustahil AirAsia memantul denan lebih cerdas lagi. Insyallah
2015-08-27 19:13 | Report Abuse
Syukur alhamdulillah. Bacaan serta analisa terhadap AirAsia menampakkan ketepatan bacaan secara teknikal. Pantulan teknikal dengan volum yang sihat boleh membawa pacuan yang kuat
2015-08-26 12:48 | Report Abuse
Hari ini di kesan semula perubahan sifat pada AirAsia. Walaupun arus tekanan kejatuhan dalam lingkungn terdekat sudah makin berkurangan,ia masih belum berakhir dan sebarang kenaikan yang berlaku
2015-08-26 00:12 | Report Abuse
Cik Tan56. Satu kelainan banding terlebih jualan yang lepas. Belian akhir Nampak trend ke arah pantulan teknikal. Mungkin. Insyallah
2015-08-25 23:40 | Report Abuse
Kalau tak persendakan pendapat orang lain boleh tak? Kita berbudi dibalas sopan ye
Posted by alphajack > Aug 25, 2015 10:55 PM | Report Abuse
Better start dumping this to people like firdaus...
No more smart money in this stock anymore LOL
Stock: [CAPITALA]: CAPITAL A BERHAD
2016-03-10 18:11 | Report Abuse
Hari ini terbentuklah fenomena 'bintang dilangit', iaitu satu petanda belian melampau yang harus kita waspada. Ianya bermaksud belian seterusnya sudah tidak mampu menampung beban untuk kenaikan seterusnya.