It makes sense for DSAi not to show the list afterall the SD signed in made two weeks ago. Who knows what has TSMY offer to those who might jump ship in this period of time. Now DSAI has rolled the dice and let them face YDPA themselves to state on who they really support
ISTANA NEGARA JALAN TUANKU ABDUL HALIM 50480 KUALA LUMPUR Web: www.istananegara.gov.my Telefon : 03-6200 1000/ : 03-6200 1200 Faks : 03-6205 2121
KENYATAAN MEDIA KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN MENERIMA MENGHADAP PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT DAN KETUA PEMBANGKANG, YB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
Kuala Lumpur, 13 Oktober, 2020 – Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, di Istana Negara pada jam 11 pagi tadi. Sesi menghadap ini sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 22 September, 2020 tetapi ditangguhkan ekoran daripada kegeringan Al-Sultan Abdullah di mana Seri Paduka Baginda telah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara bermula pada 21 September hingga 3 Oktober, 2020. Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut. Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Menyentuh perkembangan semasa penularan wabak COVID-19 di Malaysia, khususnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berkuatkuasa esok (14 Oktober, 2020), Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran dan menasihati seluruh rakyat supaya bertenang serta berdisiplin menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi ketetapan tatacara kebiasaan baharu dan prosedur operasi standard (SOP). Walaupun perkembangan terkini agak membimbangkan berikutan kenaikan yang berterusan tiga digit kes positif harian COVID-19 serta kewujudan beberapa kluster baharu sejak 1 Oktober lalu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan dan mengajak seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik bersatu padu dan bersatu hati memerangi penularan COVID- 19 demi keselamatan bersama serta kesejahteraan negara. Adalah dimaklumkan juga, lanjutan kepada pelaksanaan PKPB dan atas titah perkenan Al-Sultan Abdullah, Istana Negara telah melaksanakan sekatan pergerakan separa (semi-lockdown) yang telah berkuatkuasa sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak. Seri Paduka Baginda amat prihatin dan menitikberatkan penjagaan dan tahap kesihatan diri para pegawai serta kakitangan Istana Negara dan pelaksanaan ini adalah untuk menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan warga Istana Negara. Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dan dirahmati dan ancaman penularan COVID-19 dapat dibendung dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.
Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara
That is why Vote of No confidence only to pull down the PM, but who will raise is just another issue. Comes Covid-19.. Can the country cover snap poll? Cant Anwar just wait for another GE coming closer less than 3 years from now? Who is greedy here?
If he successfully seize the power this time in 2020, again he is vulnerable at the next GE15, not in 5 years time, but more or less the GE is a must within 2 years time only..
I think Agong asking party leaders to come to ask all MPs to respect the constitution and stop politics during this serious 2 big wave Covid19. After all, next GE will be in 2 years time... Why cant wait????
why he like that. did any press reporters ask AI whether did he presented the Strong, Formidable, Convincing majorities name list to Agong? Why palance said AI didnt submit the document to enhance what he said. aduiii
"Jelas Ahmad Fadil berkata, walaupun Anwar mempersembahkan sokongan yang diterimanya kepada Yang di-Pertuan Agong, perkara itu masih perlu dirujuk kepada Perdana Menteri dan Dewan Rakyat sebagai platform yang utama................"
This book is the result of the author's many years of experience and observation throughout his 26 years in the stockbroking industry. It was written for general public to learn to invest based on facts and not on fantasies or hearsay....
Sneakpeek
2,200 posts
Posted by Sneakpeek > 2020-10-13 15:24 | Report Abuse
Ramai kena game hari ni hahaha.. If not today tomorrow gonna be deep red