Klci masih boleh naik dan tutup hijau pasaran belum runtuh usah terlalu terikut-ikut dengan kata-kata orang yang tidak tentu boleh dipercayai hanya mengikut sejarah sebagai ramalan sedangkan zaman sekarang sudah maju ke depan siapa kita boleh meramal segalanya dengan tepat . Ramai meramalkan May day pasaran akan kejatuhan itu semua terikut dengan sejarah pasaran sejak dulu lagi... jadi bulan may ini sama-sama kita lihat adakah ianya akan berlaku seperti yang yang berlaku setiap tahun??
PM Anwar Ibrahim harus dan perlu usahakan agar tidak berlakunya kemelesetan ekonomi dan harus menarik pelabur sebanyak mungkin merancakkan pasaran yang selama ini suram jauh ketinggalan dari negara lain terutama singapura, indonesia dan thailand . Jika PM gagal melakukan yang terbaik maka tiada bezanya kerajaan baru kerajaan perpaduan dengan kerajaan sebelumnya yang sama tidak mampu mengangkat malaysia keluar dari kegelapan kemajuan yang di war-warkan sejak zaman TUN M.
Mrcb masih bertahan 315 walaupun operator cuba melakukan pembuangan besar-besaran minggu lepas namun operator mengumpul dari bawah tetapi terlihat tidak banyak yang menjual 310 . Kenapa perlu menjual jika harga sudah 315....jika hendak menjual kenapa tidak di harga 340-345. Akan ada pembelian share kembali kenapa jual murah ?? kenapa tidak boleh bersabar ?? kenapa menjual kepada operator dengan harga murah dan mereka menjual harga tinggi ?? JIka melabur biar ikut cara melabur jangan terlalu terikut dengan suasana pasaran kecuali melabur pendek untung jual rugi jual .
Kalau betul nak jual tak sabar nak jual tunggu sebulan lagi atau bila harga naik 340 jual kenapa jual sekarang . Apapun usah hiraukan suara kok kok kok berbunyi seram mereka hanyalah persinggah yang tidak akan memberi panduan hanya menyanyi gembirakan diri sahaja . ( kerana melihat orang lain gagal mereka gembira bila melihat orang lain berjaya mereka sedih )
Saya masih tetap disini dan akan makin ramai pelabur akan membeli dan bersama kita . Yakin akan PM Anwar Ibrahim mampu kembalikan keyakinan pelabur kepada saham GLC yang lama dipolitikan dan di hancurkan dengan rasuah kepentingan diri dan kayakan syarikat swasta yang berkaitan .
Good luck
Hanya berbicara di waktu lapang Harap maaf jika ada silap kat
Skrg harga tutup 310 lepas adjust.... Jadi sebelum adjust adalah 320 tutup hari ini.
Ya harga tidak akan jatuh 28 , kalau jatuh 28 maka harga akan turun lebih rendah lepas pembayaran dividen walaupun harga akan naik 340 .
Harga akan bertahan dan operator membeli sebanyak mungkin sebelum tolak naik. Ya QR pertama tahun ini memang akan green untung dan telah pun black akhir tahun lepas. Skrg masih uptrend dan trend akan diteruskan bila syarikat membeli balik share. Jangan lupa projek mrt3 dan hsr akan dtg.
Sasaran 45 tidaklah tinggi... Jika boleh tunggu 2-3tahun rm 1 bukan omongan malah mungkin akan jauh lebih tinggi.
Hanya berbicara di waktu lapang Harap maaf jika ada silap kata.
Just look at the total buy and sell order quantities, we can guess that retail participation is negligible. The big boys are buying and selling among themselves.
Klci tutup 1431 jumaat lepas membuktikan usaha menaikkan akan cuba dilakukan untuk mendekati 1450 . Adakah minggu depan akan dapat melepasi 1438 ??? sama sama kita tungggu . May day akan terjadi atau tidak minggu depan 8 may akan bermula esok......
Mrcb tutup 310 tidaklah seteruk yang disangka dan masih bertahan di poc dan berharap minggu depan operator mahu menolak naik mendekati 330 .
OPR naik sedikit 25 mata tidaklah akan meruntuhkan pasaran property kerana sebelum covid-19 crisis adalah 3% lebih tinggi sedikit . Mungkin pelabur atau pembeli property ada sedikit kekeliruan dengan kenaikkan OPR menganggap tidak baik membeli property buat masa ini namun adakah waktu membeli property di harga OPR lebih rendah sebelum ini akan membayar lebih murah selepas kenaikkan OPR sekarang ??? Begitu juga adakah membeli sekarang akan membayar lebih mahal bila OPR stabil masa depan ??? Berfikir biar secara keseluruhan bukan hanya berpandangan saat dan seketika ini semata-mata . Adakah harga property akan jatuh atau turun bila OPR naik atau turun ??? Saya rasa tidak hanya yang mampu membeli akan terus membeli yang tak mampu membeli akan terus menunggu dan terus menunggu namun harga property akan terus meningkat .
Hanya pandangan berbeza melihat sudut yang berbeza Hanya berbicara di waktu lapang Harap maaf jika ada silpa kata
Mrcb tutup 310 akhir dagangan minggu ini tiada pergerakan ketara hanya mendatar bermain 310-320 , pergerakan semakin mengecil menunggu isyarat menurun atau menaik pada minggu depan ??
Bagi pelabur baru yang ingin melabur MRCB Jangka panjang boleh mula membeli secara berperingkat bila harga masih murah . Dari jangkaan Harga bisa turun paling rendah 250 ( jika pasaran tidak baik ) dan sekarang 310 jika memecah 350 akan naik 400-500 dalam 2-3 tahun akan bisa naik rm 1 malah mungkin lebih tinggi ( berpeluang tinggi mendapat projek masa mendatang MRT3 Dan HSR ) dan tahun ini akan menjalankan projek stadium shah alam bernilai angaran rm 1 billion .
Bila ada pergerakan chart ketara maka bolehlah merujuk bila pergerakan mendatar maka hanya boleh menunggu berikan masa. Saya tak suka ikut buaya sebab buaya hanya memakan menakutkan pelabur sebaliknya saya lebih suka ikut jerung yang melompat naik bila lapar mahu cari makan .
Sekadar pandangan Hanya berbicara di waktu lapang Harap maaf jika ada silap kata
Klci tutup 1417.37 pasaran terlalu lemah banyak menjual dari membeli kerana sentimen yang terlalu di war-warkan mungkin banyak pihak ingin melumpuhkan pasaran dunia agar mereka berpeluang membeli di waktu pasaran runtuh kelak . Gara-gara hutang us sudah sampai ke siling dan satu persatu bank dunia kena tempias pengeluaran wang secara besar besaran umpama bank sudah tidak selamat untuk penyimpanan wang yang selama ini banklah simpanan kewangan semua orang.
Gara-gara BNM naikkan kadar OPR 25 mata juga dipertikaikan kerana naik di waktu negara sedang merancakkan ekonomi agar tidak berlaku kemelesetan dan rakyat baru mula keluar dari kesempitan kehidupan kenapa tidak naik awal JAN lepas sebaliknya naik disaat ini ???
Ada baiknya kenaikkan OPR dan di lambatkan kenaikkan agar di jarakkan agar tidak terlalu terkesan . Kenaikkan OPR memberi kebaikkan kepada penyimpan dengan kadar bunga lebih tinggi sebaliknya memberi tekanan kepada peminjam namun masa pembayaran atau jumlah boleh dibawa berbincang dengan bank. Dengan kenaikkan OPR boleh kurangkan galakkan meminjam hanya mengikut kemampuan pendapatan si perminjam. Kenaikkan OPR juga boleh mengurangkan pembelian yang berlebihan sesuka hati tanpa mengikut keperluan asas yang sepatutnya dan perniaga juga akan mengurangkan harga barangan bila perniagaan mereka semakin kurang.
Dulu harga barangan murah bila OPR 3.4% tetapi selepas OPR turun mendadak sewaktu covid harga barangan meningkat dan sekarang OPR 3 % Harga masih mahal kerana perniaga tidak mahu turunkan harga barangan kerana mereka sudah terbiasa dan selesa . Oleh itu kenaikkan OPR adalah baik untuk ekonomi negara dan kebaikkan buat rakyat secara keseluruhannya .
MRCB tutup tidak berubah masih bertahan masih mengumpul masih menunggu harap esok ada sedikit pergerakan keatas dan boleh cuba lepasi 320-330 minggu ini namun hanya harapan diwaktu pasaran masih dalam fasa kebingungan.
Dalam situasi pasaran sekarang ramai pelabur berhasrat keluar dari pasaran menjual semua pegangan pelaburan mereka dan kembali ke pasaran pada bulan NOV namun adakah keputusan itu tepat atau hanya kerana tiada kenyakinan kepada pasaran malaysia sedangkan pasaran dunia juga tidak baik.
Pilihan terbaik sekarang bersabar menunggu peluang yang ada mencari pilihan terbaik selepas pilihan raya bulan julai keadaan pasaran akan bertambah baik dan mungkin kerancakkan pasaran akan bermula selepas itu . Gara-gara PRN 6 negeri pelabur asing kurangkan dan menjual sebahagian pelaburan namun mereka akan membeli kembali bila keadaan semasa kembali pulih . Jangan terikut sebaliknya mencari peluang yang ada di waktu peluang datang usah terburu membuat keputusan namun juga jangan terlalu lambat buat keputusan dan terlalu banyak pilihan akan membuat kekeliruan kepada diri .
Good Luck
Hanya berbicara di waktu lapang Harap maaf jika ada silap kata
Klci tutup 1428 diharap boleh bertahan dan melepasi 1430 akhir dagangan minggu ini .
Mrcb tutup 320 diharap boleh bertahan akhir dagangan minggu ini dan operator mahu menolak naik sedikit menyentuhi 330 tutup atas 320 . Minggu depan akan ada kenaikkan melepasi 330 cuba mendekati 350 diharap operator mahu melakukannya.
Pelaburan panjang memang dijangka dan memerlukan kesabaran yang tinggi dan sebab itu tidak banyak pelabur pendek yang ingin membeli MRCB ( kecuaili ada berita baik atau harga melepasi 370 ke atas ) Bila melabur biar ikut cara melabur agar tidak terkeliru dengan tindakan yang akan merugikan diri dan jika ingin melabur secara pendek maka ikut cara yang betul agar tidak tersalah langkah akhirnya terperangkap akhirnya tidak mampu berbuat apa-apa .
Melabur MRCB memang memerlukan pelaburan yang besar dan mempunyai wang yang banyak dan menjual juga mudah dengan kuantiti yang besar. Bagaimanapun boleh melabur secara jumlah yang kecil ikut kemampuan dengan harga sekarang 320 sangatlah murah dengan syarikat pembinaan antara yang terbesar dalam negara . Walaupun banyak yang tidak suka melabur MRCB kerana sebab tertentu yang utama berkaitan politik namun itu kisah lama dan sekarang kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim PM saya yakin beliau mampu membawa perubahan kepada ekonomi negara dengan pengalaman dan keyakinan kerajaan luar negara terhadap beliau sangat baik .
Klci tutup 1428.5 selepas ada pembelian saat akhir dagangan minggu ini diharapkan minggu depan akan ada kenaikkan yang lebih ketara Walaupun kita tahu pasaran sangatlah lembap dan pelabur berhati-hati hinggakan ada yang cepat melakukan jual beli tanpa ingin memegang lebih lama .
MR. CB hanya mampu bertahan 320 tetapi tidak bertindak bila berpeluang melakukannya operator terlalu takut akan bayangan gara gara pasaran terlalu lemah tiada kenyakinan ada pembeli . Harap minggu depan operator akan menolak naik kalau tak harga agak sukar bertahan 320 lebih lama walaupun telah melepasi 315 namun kena melepasi 325-330 dan bertahan baru mampu mencuba sekali lagi memecah dinding 350. Hanya pandangan semata-mata
Hanya berbicara di waktu lapang Harap maaf jika ada silap kata
OMG!~ long time no come jor...that 2 funny jockers still continuously promote this sampah non stop ? alamak sudah la !!~ i am wondering still ada lagi orang will kena their nonsence ? those who still kena really speechless 😨
Klci tutup 1403 tiada perubahan ketara hanya bertahan dan telah turun 20 mata dalam minggu ini. Gara-gara politik yang di lihat masih belum stabil kerana PRN 6 negeri akan diadakan bulan julai-ogos dan analisis pro media mengutarakan tidak yakin dan takut pakatan harapan mungkin akan kalah teruk dan telah mengingatkan pelabur agar lebih berhati-hati dan bersedia untuk melepaskan pegangan saham yang ada dan menunggu keputusan PRN agar tidak terkena tempias politik dalam pasaran dan pasaran pula sememangnya telah lembap beberapa bulan ini disebabkan pasaran dunia yang tidak menentu malah hutang us dan kenaikkan kadar fed yang belum ada penghunjungnya . Dan kini kejatuhan mata wang RM yang nampaknya masih tiada penghujung dan berkemungkinan akan naik RM5 berbanding 1dollar. Diharapkan kerajaan mampu mencari jalan agar ringgit tidak berterusan melemah dan pihak berkenanan sedang berusaha mencari penyelesaian yang terbaik .
MRCB tutup 305 tidak berubah dan bertahan turun 1.5 mata minggu ini Kejatuhan ini memang dijangka bila pernah mengutarakan tidak akan bertahan lama 320 jika tidak ditolak naik 325-330 Namun harga akan bertahan 300-305 kerana bermulanya kenaikkan disini
Tahniah pada yang menjual 315-320 dan tahniah juga pada yang membeli 300-305 namun saya tidak menjual atau membeli hanya melihat keadaan semasa sahaja. Terima kasih kepada yang memberi pandangan dan komen tak kira baik atau tak baik atau yang memberi sokongan dan masih yakin akan MRCB dan masa depannya.
Bila buaya bertindak jerung akan menunggu masa untuk menyerang dan bila kehabisan peluru harga akan mula naik ke atas .
Hanya berbicara di waktu lapang Harap maaf jika ada silap kata
This book is the result of the author's many years of experience and observation throughout his 26 years in the stockbroking industry. It was written for general public to learn to invest based on facts and not on fantasies or hearsay....
AmySee
489 posts
Posted by AmySee > 2023-04-25 13:09 | Report Abuse
Need to wait long long time for MRCB to hit 40 cents...