Setiap kali pada hari terakhir penghujung bulan Jun mahupun bulan Disember akan terjadi apa yang dinamakan sebagai Window Dressing kepada kaunter-kaunter yang tertentu dalam Bursa Malaysia.
Apa itu Window Dressing?
Window Dressing ini sebenarnya bertujuan untuk mencantikkan Penyata Kewangan sesebuah syarikat itu. Ini kerana kebanyakan syarikat mempunyai pegangan saham di dalam penyata akaun mereka.
Jadi harga saham yang rendah dalam pegangan pasti akan menjejaskan kedudukan kewangan syarikat bila Penyata Kewangan ditutup pada penghujung tahun itu. (Ada syarikat penyata kewangannya berakhir pada bulan Mac, bulan Jun, bulan September atau bulan Disember tetapi bagi kebanyakan syarikat ianya adalah pada bulan Jun dan bulan Disember)
Oleh yang demikian bagi tujuan mencantikkan kedudukan Penyata Kewangan itu maka usaha menaikkan harga saham pegangan mereka itu akan dilakukan pada hari terakhir atau hari penutup penyata kewangan tersebut. Window Dressing ini tidak berlaku kepada saham-saham pegangan syarikat yang telah naik harganya kalau dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya.
Selalunya keesokan harinya harga saham yang naik sebelum itu akan dibuka rendah kembali kepada harga asalnya sebelum ia ditolak naik.
This book is the result of the author's many years of experience and observation throughout his 26 years in the stockbroking industry. It was written for general public to learn to invest based on facts and not on fantasies or hearsay....
Miz Raya Bloom
6,888 posts
Posted by Miz Raya Bloom > 2019-12-10 08:31 | Report Abuse
arr earlier ku nengok turun 48 bounce balik, semalam ku nengok 46 bounce balik, 2 hari ini ku lihat high 505