AZRIN (dua dari kiri), Mohd Khay (dua dari kanan), Ahmad Fehmi (kiri) dan Abdul Rani pada majlis menandatangani perjanjian di antara Sedania AsSalam dan Zikay Factoring, semalam.
Kuala Lumpur: Sedania AsSalam Capital Sdn Bhd (Sedania AsSalam), penyedia platform perbankan patuh syariah pertama di Malaysia, AsSidq berhasrat meluaskan penggunaannya kepada cabang produk lain dalam bidang perbankan.
Pelancaran itu dijangka membantu meningkatkan perolehan syarikat kepada RM3 juta pada tahun ini berbanding RM1.5 juta pada tahun lalu.
AsSidq adalah platform patuh syariah yang memberi kemudahan kepada pihak bank bagi menyediakan tiga elemen penting dalam urusan pemprosesan pembiayaan peribadi iaitu transaksi komoditi, akad dan penyediaan dokumen.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Fehmi Mohamad berkata, pada tahun ini pihaknya bercadang tidak mengehadkan kegunaan AsSidq hanya untuk pembiayaan peribadi, sebaliknya boleh digunakan dalam segmen lain dalam perbankan seperti kad kredit dan pembiayaan perumahan.
Beliau berkata, langkah meluaskan penggunaan AsSidq turut membantu meningkatkan jumlah transaksinya yang kini secara terkumpul mencatatkan 300,000 dengan nilai RM25 juta sejak lima tahun lalu.
“Sejak diperkenalkan pada 2012, AsSidq digunakan 20 institusi kewangan tempatan terdiri daripada bank dan koperasi yang menyediakan produk pembiayaan peribadi patuh syariah.
“Platform ini berjaya menunjukkan prestasi positif kepada pelanggan yang bukan saja memudahkan operasi memproses data pembiayaan, malah memastikan ia memenuhi piawaian patuh syariah sendiri seperti perdagangan komoditi dan akad yang dibuat secara dalam talian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian antara Sedania AsSalam dan Zikay Factoring Sdn Bhd (Zikay Factoring) di sini, semalam.
Hadir sama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sedania Datuk Azrin Mohd Noor, Pengarah Zikay Factoring Abdul Rani Lebai Jaafar dan Pengarah Urusan Zikay Group Datuk Mohd Khay Ibrahim.
Melalui perjanjian itu, Zikay Factoring yang menjadi penyedia pembiayaan untuk syarikat perkilangan bersaiz kecil dan sederhana bersetuju menggunakan AsSidq sebagai platform pembiayaannya.
Ahmad Fehmi berkata, Zikay Factoring menjadi entiti pertama bukan dalam segmen perbankan yang menggunakan AsSidq ketika ini.
Ditanya perancangan Sedania AsSalam untuk menerokai pasaran asing menerusi AsSidq, beliau berkata, pihaknya bercadang untuk menembusi pasaran Indonesia dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun akan datang diikuti Filipina. Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2017 @ 8:33 AM
SHORTLY after its maiden listing on the ACE Market on June 29, 2015, Sedania Innovator Bhd (Sedania; Code: 0178) staged a rally, lasting almost a month, thus pushing the shares to an all-time high of 66 sen. Thereafter, prices slipped into correction mode owing to a bout of apparent profit-taking activity.
Initially, it was viewed as a healthy process but later turned ugly, as persistent selling pressured this stock and subsequently, Sedania shares dropped below their initial public offer price of 38 sen on Nov 27, 2015.
Though prices made two attempts to recover after that, once in late 2015 and another round in March 2016, they were met with more liquidation, dragging Sedania to an all-time low of 22.5 sen on Sept 28.
After finding a shelter, the shares turned range-bound on consolidation for two months before they inched higher, hitting a high of 30.5 sen during intra-day session yesterday, the best level in five months on bargain-hunting buying.
Based on the daily chart, the worst of Sedania may be over, with prices breaching the uppermost 200-day simple moving average (SMA) for the first time during intra-day session yesterday. Combined with growing volumes, this stock is poised to edge up in the immediate term amid follow-through interest.
Elsewhere, the oscillor per cent K and the oscillator per cent D of the daily slow-stochastic momentum index were rising after triggering a short-term buy at the mid-range on Thursday. Mirroring the uptrend, the 14-day relative strength index spiked from a reading of 30 in mid-week to close the week at the 50-point level yesterday.
In addition, the daily moving average convergence/divergence histogram had indicated a strong convergence pictogram and expected to climb over the daily signal line to issue a “buy” call in the next few days.
On the back of an improving technical landscape, Sedania is anticipated to extend the mending course.
Initial resistance is seen at 31.5 sen, followed closely by the 36-sen barrier. The next upper hurdle is resting at the 45 sen-46 sen band. Important support is pegged at the 100-day SMA of 26 sen. — K.M. Lee
The comments above do not represent a recommendation to buy or sell.
This book is the result of the author's many years of experience and observation throughout his 26 years in the stockbroking industry. It was written for general public to learn to invest based on facts and not on fantasies or hearsay....
kakijudi
1,086 posts
Posted by kakijudi > 2017-01-19 18:02 | Report Abuse
If can break 30c, first resistance will be seen at 34c then subsequently 40c. This stock should easily achieve 50% return for the year