Update

ATPC Peroleh Kembali Pematuhan Peraturan Harga Bidaan Minimum Nasdaq

MHAB1990
Publish date: Fri, 20 Sep 2024, 09:35 AM

ATPC Peroleh Kembali Pematuhan Peraturan Harga Bidaan Minimum Nasdaq


AGAPE ATP Corporation​


KUALA LUMPUR, 20 SEPTEMBER 2024 AGAPE ATP Corporation ("ATPC" atau Syarikat), dengan sukacitanya mengumumkan telah menperoleh semula pematuhan keperluan harga bida minimum USD1 di bawah keperluan penyenaraian berterusan Nasdaq Stock Market LLC (“Nasdaq” ) dan perkara itu telah selesai.

 

Pada 17 September 2024, Syarikat menerima notis bertulis daripada Jabatan Kelayakan Penyenaraian Nasdaq yang mengesahkan bahawa harga tawaran penutupan saham biasa Syarikat adalah USD1 sesaham atau lebih untuk 10 hari dagangan berturut-turut, dari 30 Ogos 2024 hingga 16 September, 2024.  Sehubungan itu, Syarikat telah berjaya memperoleh semula pematuhan Peraturan Penyenaraian Nasdaq 5550(a)(2).



Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment