When Mabel was small when the Xmas Trees were tall, Mabel love watching Dallas with Daddy. Now Mabel feel like a part of the Erwing Family with her O&G Collections
@sales Glove can increase production but also easy increase competition. Palm you want to start plant now and wait 10 years before tree is prime age for harvest? Or at least 3 to 5 years before can get first harvest. Think bigger la.. Barrier to entry is a huge thing for businesses.. Glove barrier to entry is easy.
Hardly any greenfield's area available for planting. You need the expertise and financial to invest in plantations. CPO is the golden crop .the commodity has rebounded from their low of 2,000 per tonne to current 4,500 -4,700
REKOD TERBARU HARGA HARIAN TERTINGGI MINYAK SAWIT MENTAH (MSM) MALAYSIA
Harga purata MSM telah menjangkau RM4,758.50 setan pada 7hb Mei 2021 dan merupakan harga purata harian tertinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia dengan harga tertinggi dan terendah yang diurusniagakan masing-masing pada RM4,800.00 setan dan RM4,640.00 setan.
Ini merupakan kali ke sepuluh kenaikan harga tertinggi dalam sejarah industri sawit direkodkan dalam tahun 2021. Harga tertinggi sebelum ini ialah RM4,652.00 setan yang direkodkan pada 6hb Mei 2021.
REKOD HARGA TERTINGGI 2021
RM4,247.50 (15 Mac 2021) RM4,270.00 (9 April 2021) RM4,306.50 (21 April 2021) RM4,376.50 (22 April 2021) RM4,428.50 (23 April 2021) RM4,502.00 (3 Mei 2021) RM4,525.50 (4 Mei 2021) RM4,548.50 (5 Mei 2021) RM4,652.00 (6 Mei 2021) RM4,758.50 (7 Mei 2021)
FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENINGKATAN HARGA MSM
1) Peningkatan Harga Minyak Kacang Soya (SBO)
Peningkatan harga SBO yang berlaku ketika ini adalah disebabkan pengeluaran SBO yang telah menurun dengan ketara. Bekalan global kacang soya dunia dijangka akan menyusut kepada 88.6 juta tan pada tahun 2020/2021 berbanding 93.8 juta tan yang pernah direkodkan pada 2016/2017. Susulan daripada gangguan bekalan yang berlaku di Amerika Selatan pada ketika ini, dilaporkan pengeluaran kacang soya ini merupakan yang terendah sejak 5 tahun lalu.
Faktor ini telah menyebabkan harga minyak kacang soya meningkat di pasaran. Oleh kerana harga SBO dan MSM bergerak seiringin di pasaran, maka peningkatan harga SBO secara tidak langsung turut menyumbang kepada peningkatan harga MSM kerana kedua-dua produk merupakan pengganti yang hampir.
2) Peningkatan Eksport Minyak Sawit
Eksport minyak sawit telah meningkat kepada 1,338,672 tan pada April 2021 berbanding hanya 1,188,697 tan pada Mac 2021 atau telah meningkat sebanyak 12.6% kesan daripada peningkatan permintaan dari negara-negara pengimport utama minyak sawit dunia.
Eksport minyak sawit Malaysia ke India telah meningkat kepada 354,555 tan pada April 2021 atau 52.7% berbanding 232,217 tan pada Mac 2021. Manakala eksport minyak sawit ke China pula telah meningkat sebanyak 52.8% kepada 111,130 tan pada April 2021 berbanding bulan sebelumnya. Peningkatan eksport oleh India dan China ini adalah bagi menampung stok minyak sayuran yang telah berkurangan kesan daripada permintaan domestik yang tinggi.
3) Stok Minyak Sawit Yang Kekal Terurus
Stok akhir minyak sawit berada pada paras tertinggi iaitu 2.04 juta tan pada April 2020 namun telah beransur menunjukkan penurunan sehingga ke paras terendah iaitu 1.27 juta tan pada Disember 2020. Pada Januari 2021 stok minyak sawit berada pada 1.32 juta tan berbanding 1.76 juta tan untuk tempoh yang sama pada 2020 atau telah menyusut sebanyak 25.0%. Stok minyak sawit direkodkan hanya pada paras 1.55 juta tan pada April 2021 atau telah menyusut sebanyak 24.4% berbanding 2.04 juta tan pada April 2020.
Ini disebabkan oleh pengeluaran MSM bagi tempoh Jan-April 2021 adalah 6.0% lebih rendah berbanding Jan-Apr 2020, iaitu 5.18 juta tan berbanding 5.51 juta tan.
This book is the result of the author's many years of experience and observation throughout his 26 years in the stockbroking industry. It was written for general public to learn to invest based on facts and not on fantasies or hearsay....
Jonathan Keung
4,436 posts
Posted by Jonathan Keung > 2021-05-05 15:45 | Report Abuse
Export figs out next week { 10 may }