RHB Investment Research Reports

Sime Darby Plantation - Penarafan ESG Semakin Baik, Penilaian Berpatutan

rhbinvest
Publish date: Tue, 21 Nov 2023, 11:33 AM
rhbinvest
0 3,882
An official blog in I3investor to publish research reports provided by RHB Research team.

All materials published here are prepared by RHB Investment Bank Bhd. For latest offers on RHB Invest trading products and news, please refer to: http://www.rhbinvest.com

RHB Investment Bank Bhd
Level 3A, Tower One, RHB Centre
Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +(60) 3 9280 8888
Fax : +(60) 3 9200 2216
  • Kekal NEUTRAL dengan harga sasar (TP) baharu MYR4.35 daripada MYR4.20, potensi menurun 1%, selepas menaikkan skor ESG kepada 3.0 daripada 2.8. Meskipun kami yakin Sime Darby Plantation adalah salah satu syarikat yang berkedudukan baik untuk mematuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), kami berpendapat penilaian semasa adalah berpatutan. SDPL diniagakan pada P/E 19.6x 2024F, iaitu pada angka tinggi dalam lingkungan syarikat pesaingnya iaitu 16-20x.
  • Masalah Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) boleh diatasi. Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah dan isu dalam mematuhi garis panduan EUDR berdasarkan peraturan semasa, kami percaya ada banyak penyelesaian yang boleh diambil untuk mengatasinya. Tindakan Kerajaan Malaysia dan Indonesia bekerjasama dengan EU untuk mencari jalan penyelesaian merupakan pendekatan yang wajar, lebih-lebih lagi jika Malaysia dan Indonesia diklasifikasikan sebagai negara “Berisiko Rendah”. Persepakatan dalam definisi menjadi kunci utama untuk mencapai kepatuhan dan memastikan semua pihak terlibat berpegang pada pendirian yang sama.
  • EU perlu hulurkan bantuan, jika tidak masalah akan merebak ke negara lain. Jika pihak EU gagal membantu negara-negara pengeluar seperti Indonesia dan Malaysia untuk mematuhi garis panduan EUDR, negara pengeluar akan terpaksa mengeksport lebih banyak komoditi mereka ke negara-negara yang mempunyai peraturan alam sekitar yang lebih lemah, sekali gus menyebarkan masalah ini ke rantau-rantau lain.
  • Penyelesaian jangka pendek adalah memastikan apa-apa sahaja yang dijual ke EU perlu dihasilkan di dalam kilang dan kilang penapis yang berasingan dan boleh dijejaki ke kawasan penanaman. Hal ini mungkin melibatkan pemindahan semula hasil tuaian oleh pengusaha ladang kecil ke kilang lain supaya tidak berlakunya sebarang campuran hasil tuaian di setiap kilang.
  • Membantu pengusaha ladang kecil dapat meningkatkan keadaan sektor. Memandangkan 40% kawasan penanaman di Indonesia dan Malaysia diusahakan oleh peladang kecil, sektor ini hanya dapat berkembang jika kepentingan kelompok ini dijaga dan diberikan maklumat terkini berkenaan pindaan yang berlaku dari segi perundangan dan peraturan. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, cabaran utama untuk mencapai kebolehjejakan bergantung pada data yang diperoleh melalui pembekal pihak ketiga, termasuklah peladang kecil. Bagi mengatasi masalah ini, sesi libat urus secara berterusan dengan pihak peladang kecil perlu dijalankan agar dapat mendidik mereka tentang kepentingan menjaga perniagaan dengan mapan, sambil turut menghulurkan bantuan kepada mereka bagi mencapai matlamat ini.
  • Sektor keseluruhannya bergerak pada landasan yang betul dari segi piawaian ESG, dengan lebih banyak pendedahan dan sasaran ditetapkan. Namun, kami ambil maklum terdapat kes-kes terpencil yang masih lagi belum menunjukkan sebarang penambahbaikan pada pendedahan ESG dan juga sasaran ESG.
  • Kami tingkatkan skor ESG untuk SDPL kepada 3.0 daripada 2.8 selepas menaikkan skor yang diberi pada tonggak “Alam Sekitar” (E), kerana SDPL berjaya menambah baik keamatan pelepasan GRH, kecekapan tenaga dan tahap pensijilannya.
  • Kekal NEUTRAL terhadap SDPL dengan TP lebih tinggi MYR4.35 selepas mengambil kira skor ESG lebih tinggi. Meskipun kami yakin ia merupakan salah satu syarikat yang berkedudukan baik untuk mematuhi EUDR, penilaiannya adalah berpatutan pada tahap semasa. SDPL diniagakan pada P/E 2024F 19.6x, iaitu nilai yang tinggi dalam lingkungan syarikat pesaingnya 16-20x.

Source: RHB Securities Research - 21 Nov 2023

Related Stocks
Market Buzz
Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment