save malaysia!

KWSP, PNB digesa hentikan penjualan saham Serba Dinamik

savemalaysia
Publish date: Mon, 28 Jun 2021, 08:44 PM
SHAH ALAM - Pemegang saham utama Serba Dinamik Holdings Berhad seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) digesa menghentikan penjualan saham bagi mengelakkan syarikat itu terus mengalami kerugian.
 
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, penjualan saham memberi impak negatif kepada pelabur kecil.
 
Beliau berkata, pihaknya juga menyokong tindakan menyaman pihak auditor sebagai langkah pertama memulihkan integriti korporat dan seterusnya mengembalikan keyakinan pelabur terhadap saham Serba Dinamik Holdings Berhad.
 
"Tindakan pihak auditor dengan jelas menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur institusi dan mengakibatkan penurunan harga saham Serba Dinamik berjumlah lebih RM5 bilion.
 
"Berikutan itu, kami menyeru semua rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu bangkit dengan membeli 100 unit saham Serba Dinamik Holdings Berhad yang kini bernilai RM400 sebagai tanda sokongan terhadap sebuah syarikat anak tempatan yang berwibawa dan bertaraf global," katanya pada sidang akhbar secara maya pada Isnin.
 
Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
 
Pada masa sama, Mohd Fadzil berkata, pihaknya turut menggesa kerajaan menyelamatkan syarikat berkenaan daripada 'serangan' yang sedang dilakukan selain mendesak semua pelabur runcit terus bersabar dan menyokong syarikat dengan menahan dan tidak panik untuk menjual saham tersebut.
 
"Kami difahamkan bahawa syarikat ini sedang melakukan segala yang mungkin untuk mengatasi situasi semasa yang dihadapi termasuk melakukan pertukaran besar dalam lembaga pengarah serta pengurusan kanan.
 
"Ingatlah, mata pencarian 5,000 keluarga bumiputera akan terjejas sekiranya masalah ini terus meningkat dan dibiarkan.
 
Untuk rekod, Serba Dinamik Holdings Berhad merupakan sebuah syarikat yang menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kejuruteraan peringkat antarabangsa yang wujud selama 27 tahun dan melakarkan banyak kejayaan serta memenangi anugerah.
 
Syarikat tersebut telah melakarkan kejayaan terbaru selepas melancarkan ekonomi ruang angkasa melalui usaha dalam penyambungan satelit bagi tujuan komunikasi internet di luar bandar dan pedalaman.
 
Sebelum ini, KWSP telah melupuskan lagi 481,000 saham dalam Serba Dinamik Holdings Bhd dengan mengurangkan pegangan sahamnya dalam kumpulan perkhidmatan minyak dan gas itu kepada 9.90 peratus.
 
Dana itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, sebelum ini ia telah menjual 955, 200 saham miliknya dalam kumpulan itu di pasaran terbuka pada 2 dan 3 Jun lepas.
 
Bagaimanapun, KWSP kekal sebagai pemegang saham utama dalam syarikat berkenaan dengan 367, 411 juta saham.
 
 
https://www.sinarharian.com.my/article/146871/BISNES/KWSP-PNB-digesa-hentikan-penjualan-saham-Serba-Dinamik 
Related Stocks
Market Buzz
Discussions
1 person likes this. Showing 23 of 23 comments

DickyMe

Kalau kau ganti kerugian KWSP PNB boleh lah mereka berhenti jual.

Amacam, boleh?

2021-06-28 20:47

brian3381

Post removed.Why?

2021-06-28 20:49

brian3381

Ask ppl to suport wor. Realy drag n scam newbies in. Haha

2021-06-28 20:52

brian3381

Realy naive like baby... hahaha. Laugh die me...

2021-06-28 20:53

brian3381

Post removed.Why?

2021-06-28 20:55

Pinky

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

2021-06-28 21:00

greedy44444

Betul2 otak udang

2021-06-28 21:40

greedy44444

Kempen Beli Barangan M now already become Kempen Beli SD...lol

2021-06-28 21:41

Jokers2020

good good support n push up..i dah byk beli hari ini

2021-06-28 21:44

Jack Khan

Maksudnya kau dah beli baru kwsp dan pnb tak boleh jual ? Prinsip apa ni?
Kalau macam ini sesiapa pun dapat gesa EPF dan PNB jangan beli atau jual? Siapa yang akan jadi kaya dengan duit rakyat ni ?

2021-06-28 21:46

EatCoconutCanWin

Dia budak sekolah baru nak belajaq saham. Dia bodoh tak apa sebab tengah belajaq. Sudah biasa ada bodoh dan pandai, kalau tidak cina macam mana boleh kaya raya. Diapa makan kulit ayam pun sudah ucap syukur..

2021-06-28 21:46

Jokers2020

bumiputra msia byk yg billionaire bole beli n push up harga sd..non bumi can start sell when up since x perlu non bumi n FF to support n beli SD share

2021-06-28 21:53

brian3381

Rasanya dia bnyk stucked... suda hilang waras. Haha

2021-06-28 22:28

Stock Kingdom

Seriously? Since when that fellow has the belief that those funds belong to his old grandfather?

2021-06-28 22:37

Loading

wah.. wah.. wah.. bapak ko punya ke ? gesa? ..

sukahati je nak arah org nak buat apa ..

cheh, nak ambil kesempatan iklan diri mcm pelacur ..

2021-06-28 22:55

BenPg

Why not try approach PM for help?

2021-06-29 00:39

Morning $tar

mcm buat ni share political issue pulak.. Smart Money who cares abt u...u can buy over all the KWSP & PNB holdings & get stuck in taik for a million year. Be my guest.

2021-06-29 09:15

kmohan62

Apa macam dgn saham Bumi Armada contohnya...boleh minta KWSP jangan jual sebaliknya beli lebih...syarikat yg terkenal di bidang antarabangsa juga...

2021-06-29 13:16

izoklse

I told you from the beginning that there is something wrong with the decision by KPMG. KPMG is the one should be question.

2021-06-29 18:41

stockraider

Whether it is EY or KPMG the outcome & findings will be likely to be the same mah, Do not believe in false hope mah!

2021-06-29 18:51

thisistheway

wait EY do the review and let's see the result later...no point arguing...if found no wrongdoings then end of case and SD may use the review to proceed legal with KPMG...both also need to answer professionally...mean time, better to invest in EPF or KWSP la, tak payah takut punya, pulangan pun bagus cuma tunggu tua nanti ambik keluar

2021-06-30 11:06

Trader258

@'hole talking through his rear hole...

2021-06-30 16:21

Trader258

Can't stand the heat ...get lost and stay lost, deek head !

2021-06-30 16:23

Post a Comment