28. Untuk tujuan ini, konsep hospital kluster di antara hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan akan diperluaskan bagi merangkumi hospital-hospital awam lain seperti hospital universiti, hospital angkatan tentera dan hospital-hospital swasta yang akan digunakan untuk merawat pesakit COVID-19. Hospital swasta akan diletakkan di bawah pengoperasian Hospital Kluster dengan sektor awam di bawah Pusat Kawalan COVID-19 Bersepadu.
29. Bagi tujuan mengurangkan tekanan ke atas hospital-hospital kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk merawat pesakit COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mula bekerjasama dengan 31 hospital swasta untuk penyumberluaran rawatan sebahagian daripada pesakit bukan COVID-19 ke hospital-hospital swasta ini. Kementerian Kesihatan Malaysia memperuntukkan sejumlah RM 27 juta pada tahun 2021 bagi tujuan ini.
30. Bagi pengurusan dan rawatan pesakit COVID-19 di hospital swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendapat kerjasama yang baik daripada hospital-hospital swasta di seluruh negara. Setakat 3 Februari 2021, pihak hospital swasta bercadang menyediakan 1,344 katil di wad biasa dan 65 katil di wad ICU.
31. Selain itu, kemudahan makmal kerajaan dan swata juga sedang digembleng untuk meningkatkan kapasiti pelaksanaan ujian saringan COVID-19. Pada masa ini sebanyak 68 makmal kerajaan dan swasta di negara ini mempunyai kapasiti untuk melaksanakan 76,805 ujian saringan setiap hari. Kerajaan akan meningkatkan lagi keupayaan makmal kerajaan dan swasta untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19.
NAME FCPO MONTH Feb 2021 OPEN 3,859.00 BID 3,910.00 ASK 3,934.00 LAST DONE 3,920.00 OI 4,373 CHANGE +105.00 HIGH 4,010.00 LOW 3,859.00 VOL 589 SETT. PRICE 3,815.00
This book is the result of the author's many years of experience and observation throughout his 26 years in the stockbroking industry. It was written for general public to learn to invest based on facts and not on fantasies or hearsay....
yoyo
496 posts
Posted by yoyo > 2021-02-04 12:30 | Report Abuse
still Huat chaiii?