Posted by Income > 2024-04-24 13:03 | Report Abuse

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya menyelar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan tahanan di rumah adalah Titah Diraja. Beliau berkata, keputusan berkenaan adalah tanggungjawab kerajaan termasuk menteri Kabinet dan Peguam Negara. "Perdana Menteri mendakwa la adalah titah diraja. la bukan. la adalah keputusan Lembaga Pengampunan yang termasuk menteri Kabinet dan Peguam Negara. "Kerajaan yang bertanggungjawab, bukan raja," tegasnya dalam satu hantaran di laman sosial X pada Isnin. Pada Ahad, media melaporkan, Anwar menegaskan kerajaan tidak akan mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-Raja Melayu dalam sesuatu isu termasuk permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tahanan di rumah. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perbincangan mengenai hal berkenaan melibatkan dua pihak iaitu Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan YDPA. Dalam pada itu, Latheefa turut menegaskan hukuman tahanan di rumah tidak pernah wujud dalam sistem perundangan kerana ia tiada dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan atau Akta Penjara. "la bertentangan dengan kedaulatan undang-undang.

Be the first to like this.

2 comment(s). Last comment by Income 2024-04-28 12:44

Income

12,332 posts

Posted by Income > 2024-04-24 13:05 | Report Abuse

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya sudah sound kuat kuat loh.

Post a Comment
Market Buzz