Perjanjian Penyelesaian Meningkatkan Kekuatan Kewangan SCIB dengan Pelan Pembayaran Balik Berstruktur
KUCHING, SARAWAK, 15 APRIL 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated Industries Berhad ("SCIB" atau "Syarikat) dengan sukacitanya mengumumkan kemajuan ketara dalam hubungan kontrak dengan Awana JV Suria Saga Sdn. Bhd. (“AWANA”), anak syarikat milik penuh SCIB, SCIB Properties Sdn. Bhd. (“SCIBP”) telah memeterai Penyelesaian komprehensif merangkap Perjanjian Pelantikan Kontraktor dengan AWANA.
Langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan SCIB dalam sektor pembinaan. Perjanjian baharu ini bukan sahaja menyelesaikan perselisihan kontrak dan kewangan sebelum ini tetapi juga meletakkan SCIBP sebagai Kontraktor Utama eksklusif untuk projek Cadangan Skim Perumahan Projek Penjawat Awam (“PPAM Muallim”). Projek penting ini menekankan kepakaran dan komitmen SCIBP untuk menyampaikan penyelesaian perumahan berkualiti tinggi untuk penjawat awam. Di bawah terma perjanjian baharu itu, AWANA telah mengakui keterhutangan kepada SCIBP.
SCIB kekal komited untuk mempertahankan piawaian tadbir urus dan ketelusannya yang tinggi, melalui pendedahan tepat pada masanya dan pematuhan kepada keperluan kawal selia berkenaan bantuan kewangan dan kemas kini projek.
Chart | Stock Name | Last | Change | Volume |
---|
Created by MHAB1990 | Sep 13, 2024
Created by MHAB1990 | Sep 11, 2024
Created by MHAB1990 | Sep 07, 2024