Saya difahamkan bekalan oksigen sangat kritikal di banyak hospital-hospital seluruh negara sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Semalam pun PM8 mengakuinya dengan berkata bekalan oksigen kita kritikal walaupun dia masih cuba menyalahkan pentadbiran saya.
Isu oksigen ini sangat kritikal.
Tanpa oksigen ramai pesakit yang akan mengalami kemudaratan yang teruk termasuk kematian. Langkah pertama untuk mengatasi masalah adalah dengan kita mengaku kita ada masalah. Kes hari ini mencecah 17K. Bermakna penggunaan hospital dan fasiliti kesihatan termasuk oksigen akan semakin meningkat. Tidak ada tanda ia akan menurun.
Diharap kerajaan tidak melakukan kecuaian jenayah sekali lagi sebagaimana mereka membiarkan penggunaan ICU mencecah 104% sebelum melakukan tindakan.
Sekiranya kita tidak mampu lagi mengendalikan masalah ini, sudah tiba masanya kita meminta bantuan masyarakat antarabangsa kerana kita sememangnya dalam krisis yang sangat teruk. Jumlah penduduk India sebanyak 1.37 bilion orang - 43 kali ganda lebih ramai berbanding Malaysia.
Keadaan Covid Malaysia sebenarnya sudah berkali ganda lebih teruk berbanding paras paling parah India pada bulan Mei lalu.
Masa itu, kerajaan India tak ego. Tak sombong.
Mereka mengaku sistem kesihatan sudah lumpuh, bekalan oksigen hospital tidak cukup dan meminta bantuan antarabangsa.
Hasilnya ialah lebih 17,500 unit Oxygen Concentrator, iaitu alat yang menghasilkan oksigen dari udara atmosfera, dihantar ke India oleh komuniti antarabangsa dalam masa beberapa hari sahaja. Tapi di Malaysia pula, kerajaan kita asyik kata kita belum gagal. Keadaan terkawal tapi realitinya ialah kita kekurangan oksigen sehingga ada tuduhan yang tidak dinafikan kerajaan PN bahawa puluhan orang mati lemas di hospital Ampang pada Hari Raya Haji akibat bekalan oksigen gagal. Tolong jangan nafikan keadaan ini.
Darah saya mendidih melihat jumlah kematian yang semakin membukit saban hari. Dan tolong!!! Saya tak mau dengar idea pelik-pelik seperti cetak duit, menghijaukan ward dengan membawa masuk tumbuh-tumbuhan untuk tambah oxigen dan seumpamanya.. Bukan masanya untuk anda jadi badut. Cari hari lain.
Oxygen is priority right now that can save life.. Remember that.. Kalau kena bayar sekalipun org tetap byr utk dapatkan oksigen.. Takziah utk yg pergi kerana x cukup oksigen.. So sad
India receives 17,755 oxygen concentrators in foreign aid: Health ministry Of these 15,567 oxygen concentrators, about 12,530 units have been delivered to states, and another 3,037 have been dispatched
(EKSKLUSIF) Bekalan oksigen di Hospital Melaka tak cukup?
AYER KEROH 25 Julai – Bekalan atau tekanan oksigen untuk kegunaan pesakit di wad kecemasan termasuk unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka didakwa berada di bawah paras kritikal ketika ini.
Menurut sumber, kekurangan tekanan ‘wall oxygen’ di hospital berkenaan baharu berlaku sejak sejak minggu lalu disebabkan kemasukan terlalu banyak pesakit melebih had biasa.
Perangai manusia di semua kaunter, sama. Bila share naik, semua excited, lupa daratan. Kejar sampai ke bulan. Bila share turun, semua naik sawan. Merapu cakap, macam.orang hilang ingatan.
This book is the result of the author's many years of experience and observation throughout his 26 years in the stockbroking industry. It was written for general public to learn to invest based on facts and not on fantasies or hearsay....
John88820202021
126 posts
Posted by John88820202021 > 2021-07-25 16:47 | Report Abuse
Not easy to set up a new oxygen factory to fulfill to demand .