save malaysia!

Budaya Politik Yang Patut Dibuang By Rafizi Ramli

savemalaysia
Publish date: Thu, 10 Nov 2022, 03:29 PM


https://www.youtube.com/watch?v=0YQ1Pc_I5Eg

Kita hidup dalam abad 21, tapi budaya politik kita masih lagi kuno dan feudal.
 
Ini adalah amalan-amalan politik yang perlu dibuang oleh semua parti dan ahli politik di negara ini:
 
SATU: RIDER & PENGIRING
Sepatutnya hanya Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri yang patut ada rider & pengiring bagi tujuan keselamatan. Menteri lain tak payah. Ahli Parlimen & wakil rakyat tak payah la ada pengiring. Yang mengiring tu patut buat kerja tolong rakyat, bukan membontoti wakil rakyat.
 
DUA: ADA ORANG BAWAK BEG
Eyh tak boleh bawak beg sendiri ke? Berat sangat ke beg nak bawak? Bukan berat macam beg budak-budak sekolah pun. Kalau beg sendiri tak boleh bawak kena ada orang khas yang bawak, patut lah rakyat kata ahli politik pemalas.
 
KETIGA: BUDAYA SAMBUT PEMIMPIN
Kalau ada program, kementerian dan agensi kena habis bajet untuk buat majlis. Lepas tu ada berpuluh-puluh orang kena sambut. Persediaan ambil masa berminggu kalau bukan berbulan. Tu tak campur mesyuarat untuk rancang sambut menteri lagi. Boleh tak menteri kurangkan hadir ke majlis dan buat kerja, fikir macam mana nak selesai masalah negara.
 
KEEMPAT: CIUM TANGAN
Tolonglah jangan cium tangan ahli politik. Kita semua banyak dosa. Entah-entah dosa rakyat lagi sikit dari dosa menteri. Kita bayar dia buat kerja, yang kita pergi dewakan dia buat apa. Bukan dia buat kerja free. Cium tangan hanya untuk mak ayah kita saja.
 
KELIMA: PAKAI DUIT RAKYAT LETAK MUKA KAT BILLBOARD
Tolong jangan habiskan duit rakyat pasang billboard letak muka menteri. Kalau pakai duit dia, ikut suka dia. Kalau pakai duit rakyat konon nak promosi usaha kementerian tapi letak muka menteri, baik guna wang itu tolong rakyat. Billboard besar-besar, menteri sengih, tapi masalah tak selesai.
 
Kalau setuju dengan misi hapus budaya bodek ini, kita share ramai-ramai.
Mesti ramai ahli politik jaki dengan saya.
 
#AyuhMalaysia #KitaBoleh #KEADILAN #UndiPakatanHarapan
Discussions
Be the first to like this. Showing 5 of 5 comments

chinaman

Budaya ketam ...budaya fitnah budaya talam dua muka budaya cakap tak serupa bikin

2022-11-11 10:15

chinaman

Budaya apanama buat buat boloh

2022-11-11 10:16

DickyMe

Memang boloh pun, buat apa nak buat2 boloh?

2022-11-11 10:23

Income

Budaya angkat telor?

2022-11-11 13:55

stockraider

Very true loh!

Rafizi is right loh!

2022-11-11 17:31

Post a Comment