KUALA LUMPUR: Green Packet Bhd memeterai perjanjian dengan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) untuk pemasangan alat pengimbas haba KipleLive di 63 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif KipleLive, Ti Lian Seng, berkata alat pengimbas haba itu membolehkan pentadbir sekolah melakukan pemeriksaan pantas dan melakukan prosedur operasi standard yang diperlukan untuk mengasingkan individu berisiko dengan secepat mungkin.
"Mulai minggu ini, Green Packet akan memasang alat pengimbas haba KipleLive di sekolah yang terletak di Lembah Klang, dan dalam tempoh dua minggu akan datang, alat pengimbas itu akan dipasang sepenuhnya di semua 63 sekolah termasuk yang di Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ti berkata, KipleLive menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pengecaman wajah, ditambah dengan aplikasi digitalnya.
"Hasilnya adalah penyelesaian yang akan memberi keselesaan kepada semua pihak berkepentingan untuk membuka semula sekolah dengan cara yang paling selamat," katanya.
Pemasangan itu akan membabitkan penyediaan pengimbas pengecam wajah AI di lokasi strategik di perkarangan sekolah untuk mengimbas dan merekodkan bukan saja suhu tetapi kehadiran setiap pelajar, guru, kakitangan pentadbiran atau pelawat.
Setiap individu akan mempunyai Petunjuk Kod Kesihatan digital yang dapat diakses dengan mudah melalui aplikasi untuk pengesanan kontak secara pantas apabila diperlukan.
Selain itu, aplikasi KipleLive itu juga dapat digunakan sebagai saluran komunikasi untuk pelajar, ibu bapa, dan guru, sama ada untuk membuat pengumuman atau dengan individu atau kumpulan tertentu dalam senarai berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dong Zong Leong Seng Yee, berkata beliau yakin bahawa pelajar dapat kembali ke bilik darjah tidak lama lagi, dengan melaksanakan prosedur operasi standard yang ketat.
"Langkah itu termasuk memasang alat pengimbas haba AI, melakukan nyahkuman di bilik darjah setiap dua jam sekali, mengamalkan penjarakan sosial dan yang lebih penting, bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan mematuhi semua langkah kesihatan dan keselamatan," katanya. - Bernama
"Between low demand, soaring inventories, depressed prices, a global pandemic, and now, hurricane season, it seems a perfect storm is forming around the offshore oil industry. The world's offshore oil market, responsible for 30 percent of all the world's oil production"
this counter is not a casino counter ,it is mini petronas (check company backgroundlah).Once oil price stabilize more economy activities open up ,should the oil demand >supply ,oil price will up .Likewise,you plant tree need time to harvest too.
we have so many smart investors collecting and dumping like doing big business, sooner and later even all oil counter up, this counter will be still keep the same price cause already become habit. We will still have these kinds of investors buy sell buy sell seems like very happy and enjoying with the small profit and lost. XD I tremendously hope that when they let go, there will be a big gap up that will deter them from entering. They have big chances of missing the boats.
Can try hengyuan 4324 .Hengyuan now is better than other o n g company ,because that only focus on the refining . The profit depends on crack spread, when the crude oil price decrease ,the cost will decrease and increase the crack spread profit but demand will decrease and the sale of volume also decrease. When the crude oil price increase, crack spread will be narrow but the demand will increase, demand increase and the sales of volume will increase , so overall increase the profit. History will come back from Rm2 to RM19. Super undervalue.
This book is the result of the author's many years of experience and observation throughout his 26 years in the stockbroking industry. It was written for general public to learn to invest based on facts and not on fantasies or hearsay....
RedEagle
3,194 posts
Posted by RedEagle > 2020-05-31 21:37 | Report Abuse