Apa dah jadi pada Malaysia?

Nasi Lemak dan Duit Syiling

betuibetuicakap
Publish date: Wed, 08 Jan 2014, 11:24 AM

Nasi lemak dan duit syiling 

Pagi tadi.

Ahmad kelaparan.

Cari nasi lemak.

Naiki kereta.

Ada nasi lemak sedap dan murah di kawasan rumah Ahmad. Harganya seringgit. Dekat sini semua panggil "Nasi Lemak Singgit". Kecil sahaja bungkusannya. Tapi eloklah untuk lapik perut. Akak jual nasi lemak tu dalam kawasan rumahnya. Pagarnya dibuka sedikit untuk laluan orang ramai.

"Bungkus nasi lemak biasa tiga kak!" Ahmad meminta.

Kakak itu memasukkan tiga bungkus nasi lemak ke dalam bungkusan plastik berwarna merah.

"Ini ya dik. Tiga ringgit enam puluh sen," ujar kakak sambil menghulurkan plastik ke tangan saya.

"Eh, bukan satu seringgit ke kak? Tiga, jadi tiga ringgit la kan?" Ahmad bertanya.

"Sekarang semua dah naik dik. Ikan bilis naik harga. Telur naik harga. Beras naik harga. Akak terpaksa naik," jelas kakak itu.

"Akak janganlah naikkan, naik seposen tak apa kot?" ujar Ahmad.

"Adik jangan marah saya. Marah kerajaan," balas kakak itu dengan spontan.

Ahmad terus berjalan selepas membayar kakak itu RM3.60. Masuk ke dalam kereta. Putar radio.

DJ radio:

"Saya sedih melihat gambar yang tersebar di Facebook.

Ada seorang nenek ni bayar duit yuran sekolah cucu dia dengan duit syiling."

"Para pendengar, sila kongsikan pengalaman susah anda masa kecil dulu hendak bersekolah"

"Sila dail 03-9543xxxx"

Maka ada seorang pemanggil, dari Kuala Pilah. Beliau menceritakan kisah sedih sewaktu tahun 60an dulu. Duit tak ada nak makan, dia cuma bawa garam kepul. Waktu rehat dia akan pergi ke padang dan hisap kepul garam.

Adiknya pada waktu rehat berlari ke kantin, tetapi dia tarik adiknya dan lari ke padang dan hisap kepul garam bersama-sama. Sedih. Pilu.

Ahmad mencapai telefon bimbit Nokia RM99. Terus dail. Dapat!

Ahmad : Hello, ini radio XXXXX ke?"

DJ: "Ya silakan, boleh tahu siapa bercakap?

Ahmad: Ahmad dari Seri Kembangan. Saya bukan nak ceritakan pengalaman. Saya nak berkongsi pendapat.

DJ: Silakan.

Ahmad: Negara kita cukup kaya. Pendidikan ini patut diberi percuma. Sekurang-kurangnya bagi pada peringkat rendah! Buat apa nak menyusahkan nenek tu? Bantu semua rakyat! Buat apa DJ tanya pendengar suruh kongsi kisah sedih? Ini tanggungjawab kerajaan. DJ pun patut main peranan mendidik rakyat, bukan memperbodohkan rakyat!

DJ: Boleh saya tahu no telefon encik Ahmad.

Ahmad: 018-xxxxxxxx

DJ: Nanti kami akan hubungi encik jika editor luluskan.

Ahmad: !!!

Ahmad menunggu mengharap perbualan itu keudara. Lagu Kosong nyanyian Najwa Latif diputarkan, diikuti dengang lagu Aku Cinta Padamu nyanyian Siti Nurhaliza. Segmen tadi berakhir dengan segmen berita trafik.

Ahmad berbisik kecil, "Sampai bilalah masyarakat Malaysia ni nak bangkit dan sedar, hiburan bodoh 24 jam".

 

(kebetulan stesen radio tu kepunyaaan Barisan Nasional)

 

 

More articles on Apa dah jadi pada Malaysia?
Discussions
3 people like this. Showing 1 of 1 comments

tc2012

betul betul cakap hanya ada satu penyelesaian ===> ABU

2014-01-08 11:50

Post a Comment