News Articles

Harumi bakal tembusi pasaran luar

ingolstadt
Publish date: Fri, 15 Apr 2016, 03:30 PM

 

D.B.E Gurney Resources Berhad (D.B.E), pengeluar ternakan ayam, meneroka segmen perniagaan baharu, dengan mengeluarkan jenama ayam goreng Harumi bagi mengembangkan rangkaian perniagaannya.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Ding Seng Huat berkata, syarikat itu berhasrat untuk memasarkan produk Harumi secara agresif di pasaran tempatan, dengan membuka 30 restoran, 3,000 kios dan 300 trak mudah alih, dalam tempoh tiga tahun, menerusi francais.

“Sejak Januari lalu, 50 kios Harumi sudah dibuka di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Sepanjang tempoh itu, jualan paling tinggi pernah dicatatkan kios Harumi adalah RM700 sehari.

 

“Menjelang akhir tahun ini, 500 kios Harumi dijangka akan berada di pasaran tempatan, dengan kos RM3,500 bagi setiap kios. Manakala 50 trak mudah alih dan lima restoran ayam goreng Harumi dijangka  beroperasi tahun ini,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik D.B.E Gurney, menerusi anak syarikatnya, D.B.E Poultry Sdn Bhd dengan Pexden Holding Sdn Bhd di Petaling Jaya, semalam.

Seng Huat menjangkakan, segmen perniagaan Harumi dijangka menyumbang 30 peratus kepada pendapatan syarikat.

“Ayam goreng Harumi mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Model francais mampu milik memberi peluang kepada usahawan muda yang mencari peluang perniagaan.

“Peluang francais ini bakal dimanfaatkan oleh usahawan Bumiputera kerana ia berkaitan perniagaan halal,” ujarnya.

Katanya, jenama Harumi bakal menembusi pasaran Indonesia, Vietnam dan Thailand dalam tempoh setahun atau dua tahun ini.


 

http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/harumi-bakal-tembusi-pasaran-luar-1.509743

Related Stocks
Market Buzz
Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment